SEMPURNAKAN AJALKU DALAM ISLAM

"Engkau Penguasa dan pelindungku di dunia dan di akhirat sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang2 yang soleh..."


(Surah Yusuf: 10)




Blog Ini Masih Dalam Pembikinan. Harap Maaf Atas Kesulitan Yang Dihadapi




.:: Nak Tanyr? ::.
   

<< August 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


~*~ Jom Jalan Lagi!!! ~*~


Nafi' & Ibn Kathir

Abu Amru & Ibn Amir

'Asim & Hamzah

Kisaie


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, August 06, 2007
7 Imam Qiraat

 

 7 IMAM QIRAAT

 

Imam Nafi'

Nama : Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Na'im

Kuniyah : Abu Ruwim atau Abu Hassan atau Abu Abdul Rahman

Asal : Asbahan

Sifat-sifat peribadinya :

 Shocked   Berkulit hitam

Shocked  Wajah yang mudah tersenyum

Shocked  Berakhlak mulia

Shocked  Suka bersenda gurau

Shocked  Imam Qiraat di Madinah

Bertalaqi dengan 70 orang Imam Tabi'in,antaranya :

Smile  Abu Jaafar

Smile  Syaibah b. Nasosh

Smile  Muslim b. Jundab

Smile  Yazid b. Ruman

Smile  Muhammad b. Muslim b. Syihab

Smile  Abd. Rahman b. Hurmuz

Tarikh Lahir : Dalam lingkungan tahun 70 H.

Tarikh Wafat : 169 H.

Di antara yang mengambil sanad dengan Imam Nafi' ialah :

Surprise  Imam Malik b. Anas

Surprise  Imam al-Laith b. Saad

Surprise  Abu Amru b. 'Ala

Surprise  Isa b. Wardan

Surprise  Sulaiman b. Muslim b. Jammaz

Rawi yang masyhur meriwayatkan bacaan Imam Nafi' ialah Qalun dan Warsh.

 

Qalun

Nama : 'Isa b. Mina b. Wardan b. 'Isa b. Abd. Samad b. Umar b. Abdullah ar-Zarqi

Tarikh Lahir : 120 H.

Tarikh Wafat : 220 H.

Nama Kedua : Abu Musa

Gelaran : Qalun

Nasab : Anak tiri Imam Nafi'

Ciri-cirinya :

Hurmph  Mula bertalaqi dengan Imam Nafi' ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun.

Hurmph  Qalun di dalam Bahasa Rom bermaksud baik.

Hurmph  Gelaran ( Qalun ) ini telah diberikan oleh gurunya Imam Nafi'.

Hurmph  Memilih Madinah Munawwarah sebagai tempat mengembangkan ilmunya.

Sifat-sifat beliau :

Shades  Bacaan al-Qurannya sangat baik.

Shades  Boleh berbahasa Rom dengan baik.

Shades  Tidak pernah mendengar perkara-perkara maksiat.

Shades  Mendenagr dan memperbetulkan bacaan al-Quran yang salah dari Qari yang sedang membaca al-Quran.

 

Warsh

Nama : Uthman b. Said b. Abdullah b. 'Amru b. Sulaiman b. Ibrahim

Tarikh Lahir : 110 H.

Tarikh Wafat : 197 H. Pada zaman khalifah al-Ma'mum dalam usianya 87 tahun di Mesir.

Asal : Quirawan di daerah Saidi di Mesir.

Nama Kedua : Abu Said.

Gelaran : Warsh. Gelaran ini diberi oleh gurunya Imam Nafi' kerana putih kulitnya. Maksud

Warsh adalah sesuatu yang diperbuat daripada susu.

Sifat-sifatnya :

Tongue  Seorang yang matang

Tongue  Biru kedua matanya

Tongue  Putih kulitnya

Tongue  Lincah pergerakannya

Tongue  Suka berjubah singkat

Tongue  Pakar Bahasa Arab

Tongue  Memiliki suara merdu

Gurunya : Berguru dengan Imam Nafi' di Madinah.

Wink  Menyumbangkan ilmunya di Mesir.


 

Imam Ibnu Kathir

Nama : Abdullah b. Kathir b. 'Amru b. Abdullah b. Zazan b. Fairuz b. Hurmuz

Tarikh Lahir : 45 H di Makkah

Tarikh Wafat : 120 H di Makkah

Kinayah : Abu Ma'bud.

Sifat-sifatnya :

Angry  Berbadan tegap

Angry  Berkulit hitam manis

Angry  Bermata biru

Angry  Fasih dan pandai berkata-kata

Anak muridnya : Mempunyai ramai anak murid.

Anak muridnya yang masyhur ialah Bazzi dan Qunbul.

 

 Al-Bazzi

Nama : Ahmad b.Muhammad b.Abdullah b.al-Qosim b.Nafi' b. Abi Bazah

Tarikh Lahir: 170H di Mekkah

Tahun Wafat: 250H ketika berusia 80 tahun di Mekkah.

Sifat-sifatnya:

Big Smile  Di antara yang terawal meriwayatkan Qiraat Ibnu Kathir

Big Smile  Di antara perawi Ibnu Kathir yang termasyur.

Big Smile  Perawi yang terbaik yang boleh dipercayai

Big Smile  Perawi yang dhobit yang merangkumi ingatan dan penulisan.

Big Smile  Menjadi muazzin dan imam di Masjidil Haram selama 40 tahun.

 

  

Qunbul

Nama : Muhammad b. Abd.Rahman b. Khalid b. Muhammad b. Said al-Mahzumi al-Makki

Tarikh Lahir : 195 H di Makkah

Tarikh Wafat : 291 H ketika berusia 96 tahun di Makkah.

Nama Kedua : Abu Amru

Gelaran : Qunbul

Sifat-sifatnya :

cry    Seorang yang dhobit dan diyakini di dalam Qiraat Ibnu Kathir.

cry    Terkenal dengan akhlak mulia.

cry   Seorang yang bertaqwa dan kuat dengan hukum agama.


Imam Abu 'Amru

Nama : Zabban b. al-'Ala b. 'Umar b. al-Iryan b. Abdullah b. al-Husin

Tarikh Lahir : 68 atau 70 H di Makkah.

Tarikh Wafat : 154 H di Kufah, Iraq.

Gelaran : Ibnu al-'Ala.

Sifat peribadi :

Shades     Seorang yang sagat dihormati di kalangan bangsa Arab

Shades     Mendapat pujian daripada kebanyakan penyair di tanah Arab

Shades     Pakar dalam bidang berkaitan al-Quran

Shades    Seorang yang benar,dipercayai,amanah,zuhud,dan alim dalam bidang agama

Shades     Ulama' besar yang beramal dengan ilmunya

Shades  Menjadi contoh dalam masyarakat Arab pada zamannya dalam ilmu Qiraat,Nahu dan Feqah

Shades    Anak Muridnya : Mempunyai ramai anak murid dan di antaranya terdapat dua orang yang telah memasyurkan bacaan beliau. Mereka ialah Duri dan Susi.

Posted at 01:09 am by syahratul_nisa
 

Previous Entry Home Next Entry