Imam Nafi'
Nama : Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Na'im
Kuniyah : Abu Ruwim atau Abu Hassan atau Abu Abdul Rahman
Asal : Asbahan
Sifat-sifat peribadinya :
Berkulit hitam
Wajah yang mudah tersenyum
Berakhlak mulia
Suka bersenda gurau
Imam Qiraat di Madinah
Bertalaqi dengan 70 orang Imam Tabi'in,antaranya :
Abu Jaafar
Syaibah b. Nasosh
Muslim b. Jundab
Yazid b. Ruman
Muhammad b. Muslim b. Syihab
Abd. Rahman b. Hurmuz
Tarikh Lahir : Dalam lingkungan tahun 70 H.
Tarikh Wafat : 169 H.
Di antara yang mengambil sanad dengan Imam Nafi' ialah :
Imam Malik b. Anas
Imam al-Laith b. Saad
Abu Amru b. 'Ala
Isa b. Wardan
Sulaiman b. Muslim b. Jammaz
Rawi yang masyhur meriwayatkan bacaan Imam Nafi' ialah Qalun dan Warsh.
Qalun
Nama : 'Isa b. Mina b. Wardan b. 'Isa b. Abd. Samad b. Umar b. Abdullah ar-Zarqi
Tarikh Lahir : 120 H.
Tarikh Wafat : 220 H.
Nama Kedua : Abu Musa
Gelaran : Qalun
Nasab : Anak tiri Imam Nafi'
Ciri-cirinya :
Mula bertalaqi dengan Imam Nafi' ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun.
Qalun di dalam Bahasa Rom bermaksud baik.
Gelaran ( Qalun ) ini telah diberikan oleh gurunya Imam Nafi'.
Memilih Madinah Munawwarah sebagai tempat mengembangkan ilmunya.
Sifat-sifat beliau :
Bacaan al-Qurannya sangat baik.
Boleh berbahasa Rom dengan baik.
Tidak pernah mendengar perkara-perkara maksiat.
Mendenagr dan memperbetulkan bacaan al-Quran yang salah dari Qari yang sedang membaca al-Quran.
Warsh
Nama : Uthman b. Said b. Abdullah b. 'Amru b. Sulaiman b. Ibrahim
Tarikh Lahir : 110 H.
Tarikh Wafat : 197 H. Pada zaman khalifah al-Ma'mum dalam usianya 87 tahun di Mesir.
Asal : Quirawan di daerah Saidi di Mesir.
Nama Kedua : Abu Said.
Gelaran : Warsh. Gelaran ini diberi oleh gurunya Imam Nafi' kerana putih kulitnya. Maksud
Warsh adalah sesuatu yang diperbuat daripada susu.
Sifat-sifatnya :
Seorang yang matang
Biru kedua matanya
Putih kulitnya
Lincah pergerakannya
Suka berjubah singkat
Pakar Bahasa Arab
Memiliki suara merdu
Gurunya : Berguru dengan Imam Nafi' di Madinah.
Menyumbangkan ilmunya di Mesir.
Imam Ibnu Kathir
Nama : Abdullah b. Kathir b. 'Amru b. Abdullah b. Zazan b. Fairuz b. Hurmuz
Tarikh Lahir : 45 H di Makkah
Tarikh Wafat : 120 H di Makkah
Kinayah : Abu Ma'bud.
Sifat-sifatnya :
Berbadan tegap
Berkulit hitam manis
Bermata biru
Fasih dan pandai berkata-kata
Anak muridnya : Mempunyai ramai anak murid.
Anak muridnya yang masyhur ialah Bazzi dan Qunbul.
Al-Bazzi
Nama : Ahmad b.Muhammad b.Abdullah b.al-Qosim b.Nafi' b. Abi Bazah
Tarikh Lahir: 170H di Mekkah
Tahun Wafat: 250H ketika berusia 80 tahun di Mekkah.
Sifat-sifatnya:
Di antara yang terawal meriwayatkan Qiraat Ibnu Kathir
Di antara perawi Ibnu Kathir yang termasyur.
Perawi yang terbaik yang boleh dipercayai
Perawi yang dhobit yang merangkumi ingatan dan penulisan.
Menjadi muazzin dan imam di Masjidil Haram selama 40 tahun.
Qunbul
Nama : Muhammad b. Abd.Rahman b. Khalid b. Muhammad b. Said al-Mahzumi al-Makki
Tarikh Lahir : 195 H di Makkah
Tarikh Wafat : 291 H ketika berusia 96 tahun di Makkah.
Nama Kedua : Abu Amru
Gelaran : Qunbul
Sifat-sifatnya :
Seorang yang dhobit dan diyakini di dalam Qiraat Ibnu Kathir.
Terkenal dengan akhlak mulia.
Seorang yang bertaqwa dan kuat dengan hukum agama.
Imam Abu 'Amru
Nama : Zabban b. al-'Ala b. 'Umar b. al-Iryan b. Abdullah b. al-Husin
Tarikh Lahir : 68 atau 70 H di Makkah.
Tarikh Wafat : 154 H di Kufah, Iraq.
Gelaran : Ibnu al-'Ala.
Sifat peribadi :
Seorang yang sagat dihormati di kalangan bangsa Arab
Mendapat pujian daripada kebanyakan penyair di tanah Arab
Pakar dalam bidang berkaitan al-Quran
Seorang yang benar,dipercayai,amanah,zuhud,dan alim dalam bidang agama
Ulama' besar yang beramal dengan ilmunya
Menjadi contoh dalam masyarakat Arab pada zamannya dalam ilmu Qiraat,Nahu dan Feqah
Anak Muridnya : Mempunyai ramai anak murid dan di antaranya terdapat dua orang yang telah memasyurkan bacaan beliau. Mereka ialah Duri dan Susi.
Posted at 01:09 am by syahratul_nisa
Imam Hamzah
Nama: Hamzah b. Habib b. 'Amarah b. Ismail al-Kufi at Tamimy
Tarikh lahir: 80 H
Tahun wafat: 156 H di Helwan, Iraq ketika berusia 76 tahun'
Kinayah: Abu 'Amarah
Keistimewaan:
Salah seorang imam Qiraat tujuh
Imam Qiraat di Kufah Iraq
Setiap hujah-hujahnya boleh dipercayai
Pakar dalam ilmu faraid
Pakar dalam Bahasa Arab
Penghafaz hadis
Diantara guru-gurunya:
Abi Muhamad Sulaiman b. Mahram
Abi Hamzah Hamran b. A'ayan
Abi Ishak 'Amru b. Abdullah
Muhamad b. Abd Rahman
Talhah B. Abdul Masharaf
Anak muridnya yang masyhur ialah Kholaf Dan Kholad.
Antara anak muridnya yang lain:
Ibrahim b. Adham
Husain b. Ali Al Ja'afi
Salim b. Isa
Yahya b. Ziyad
Yahya b. Mubarak
Kholaf
Nama: Kholaf b. Hisham b. Tha'lab bin Kholaf Al Asadi Al Baghdadi Al Bazzar
Kinayah: Abu Muhamad
Tarikh lahir: 150 H
Tahun wafat: 229 H di Baghdad
Keistimewaan:
Telah menghafaz Al Quran ketika berumur 10 tahun
Seorang yang thiqah
Zuhud alim dan kuat beribadah
Berguru dari:
Salim b. Isa
Abdul Rahman b. Hamad
Abi Zaid Said b. Aus Al Ansari
Antara anak muridnya:
Ahmad b. Ibrahim
Ishak b. Ibrahim
Ibrahim b. Ali
Ahmad b. Zaid
Idris b. abd karim
Muhamad b. Ishak
Kholad
Nama: Kholad b. Khalid as Syaibani
Kinayah: Abi I'sa
Tarikh lahir: 119 H @130 H
Tahun wafat: 220 H
Keistimewaan:
Pakar ilmu Qiraat
Seorang yang thiqhah
Berpengetahuan tinggi
Pandai bertaranum
Seorang yang di yakini
Diantara guru-gurunya:
Salim b. I'sa
Husin b. Ali
Antara anak-anak muridnya:
Ahmad b. Yazid
Ibrahim b. Ali
'Ali b. Hisin
Ibrahim b. Nasrurrazi
Qasim b. Yazid
Muhamad b. Fadhil
Muhamad b. Said
Imam Kisaie
Nama: Ali b. Hamzah b. Abdullah b. Othman b. Fairuz
Tarikh lahir: 119 H
Tahun wafat: 189 H
Kinayah: Aby Hassan
Gelaran: Kisaei
Antara guru-gurunya:
Imam Hamzah
Muhammad b. Abi Laili
'Isa b. Umar al- Hamzani
Abi Bakr b. 'Aiyash (Shu'bah)
Ismail b. Jaafar
'Asim
Keistimewaan:
Diantara imam Qiraat tujuh
Alim dalam bidang al Quran dan Qiraat
Alim dan imam dalam bidan nahu dan Bahasa Arab
Muridnya yang masyhur ialah Abu harith dan Duri kisaei
Antara anak muridnya yang lain:
Ahmad b. Jabir
Ahmad b. Mansor
Abdullah b. Ahmad b. Zakwan
Kholaf b. Hisyam al-Bazzar
Abu Harith
Nama: Al- Laith b. Kholad al- Maruzy al- Baghdadi
Kinayah: Abu harith
Tarikh wafat: 249 H
Keistimewaan:
Sangat dipercayai
Pakar dalam bidang Qiraat
Gurunya-gurunya:
Imam Kisaei
Hamzah b. Qasim
Yazidi
Anak muridnya:
Salmah b.'Asim
Posted at 11:33 pm by syahratul_nisa
Permalink